BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, May 7, 2009

PeNaWaR HaTi.....

Jauhilah kebisingan kerana ia menyebabkan keletihan, jauhilah orang yang gemar
mencaci dan menghina kerana ia membawa penyeksaan.

Tidak semua yang kita nampak bercahaya itu berlian, selalunya kaca, kalau kaca
sifatnya mudah pecah dan terluka.

Janganlah jadikan kesusahan dan kesedihan anda sebagai hak yang penting untuk
diperkatakan kerana hal itu akan menjadi penghalang untuk mencapai kebahagiaan.

sesungguhnya kehidupan ini adalah satu perjuangan dan org yg berjuang tidak
pernah kenal putus asa.

Jadilah seorg yg mampu mengubah musibah menjadi anugerah.

Sebaik-baiknya kaya ialah kaya hati, sebaik-baik bekal ialah takwa, seburuk-buruk buta
ialah buta dan sebesar-besar dosa ialah dusta.

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorg
bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.




0 comments: